-
TERENGGANU TO HOST WORLD'S LARGEST SOLAR PRODUCT PLANT
-
KEMAMAN - STAR 4TH.FEBRUARY 2006
-
Terengganu will become the World's Largest Solar Product Manufacturer with the setting up of a state-of-art production facility in Teluk Kalong here in April.
-
This is following the move by Denmark Solar Industry ( DSI ), a world leader in the fabrication and manufacture of solar panels and solar renewable energy saving products, to relocate its plants here.
-
DSI has entered into a joint venture with SOLARin group to set up the facility with an initial investment of RM200million. The amount would be increase to RM 1Billion when the facility was fully operational in 2008, said SOLARin Holdings (M) Sdn.Bhd Group President and Executive Chairman Datuk Naser Ismail.
-
Terengganu will become the first in Malasia and Asia to have such a facility and we plan to turn Teluk Kalong into the firsr SOLAR VALLEY in the world. " This would put the state on the world map, " he said after a presentation on the construction of the plant to Terengganu State Industrial Development and Tourism Committee Chairman Datuk Mohamed Awang Tera in Kijal yesterday.
-
Naser said the facility would employ 500 technicians when it commenced production and another 1,500 technicians by 2008. " We will have to rush onthe construction of the facility since we have targeted to export four million solar cells to Europe by July," he said.
-
Naser said the solar panels would be sold to Europe, the US and Australia. DSI Chief Executive Officer Per Vejrum Pape said the availibilty of high grade solica oxide was the prime reason for the facility to be located in Kemaman. He said a study by DSI found that the white sand in Kuala Abang in Dungun had the highest content of silica oxide - the main raw material to produce solar cells.
-
It's 99.95% pure and such a high grade content cannot be found in China, Vietnam or Thailand." Pape said. He added that the high quality silica Oxide would lower the production cost of solar cells, a major component of the solar module.
-
He said the sand would be smelted under a complex process into crystals to form solar cells, which is laminated to make solar panels. He said the facility would open up a wide range of new businesses in Malaysia since the lower quality silica oxide could be turned into fertilisers, glass and porcelain.
-
" If the purification is better, it can even be sold to semiconductor companies, NASA and even pharmaceutical industry," he said.
-
-
********************************************************************************************************************
-
SOLARin labur RM1 Bilion
-
Berita Harian ( Ekonomi ) - 4hb.Feb.2006 - oleh Shaarani Ismail
-
Fasa pertama dimulakan sebaik dapat kelulusan kerajaan Terengganu
-
SOLARin Holdings (M) Sdn.Bhd. ( SOLARin ) akan melabur kira-kira RM1 bilion bagi membangunkan dan membina kilang penulenan pasir silika dan pengeluaran sel solar dan panel solar di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.
-
Group President SOLARin Group Of Companies, Datuk Naser Ismail, berkata projek di tapak seluas kira-kira 20 hektar akan dimajukan dalam 3 fasa dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 2008.
-
Beliau berkata, SOLARin sudah memeterai perjanjian persefahaman ( MOU ) dengan Denmark Solar Industry ( DSI ) bagi mendapatkan kerja sama dari segi pemindahan teknologi. Fasa pertama dijangka membabitkan kos sekitar AS$50 juta ( RM190 juta ) dan ia akan mula dilaksanakan April 2006 atau sebaik mendapat kelulusan kerajaan Terengganu.
-
" Kerja menyiapkan kilang bagi fasa pertama itu dijangka mengambil masa sehingga sembilan bulan," katanya pada sidang media di Awana Kijal & Country Resort do Kemaman, semalam.
-
Beliau berkata, pada peringkat awal, projek itu dijangka menyediakan 500 peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan jumlahnya di jangka mencecah 3,000 apabila beroperasi sepenuhnya pada 2008.
-
Katanya, kilang berkenaan akan menggunakan pasir silika sebagai bahan utama dalam menghasilkan sel dan solar panel dan untul tujuan itu sekurang-kurangnya 57juta tan pasir silika diperlukan.
-
Mohd.Naser berkata, apabila kilang siap kelak, ia dijangka berupaya menghasilkan kira-kira 4 juta sel sebulan dan dijangka mampu memenuhi pasaran solar sekitar Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.
-
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian dan Pelancongan Terengganu, Datuk Mohammed Awang Tera, berkata Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu ( PMINT ) akan berkerjasama dalam menjayakan projek ini dan bersetuju untuk membekalkan pasir yang diperlukan.
-
" Pasir silika bermutu tinggi itu akan dibekalkan PMINT dari kawasan pajakan lombong seluas kira-kira 64 hektar di Bukit Senyamuk, Rantau Abang, Dungun. "Pada masa yang sama. PMINT akan menerokai sumber pasir silika di seluruh Negeri Terengganu dalm usaha untuk memenuhi permintaan kilang SOLARin," katanya.
-
Mohammed berkata, apabila kilang itu mula beroperasi sepenuhnya, ia akan menjadi kilang pengeluar bahan solar pertama di ASIA dan juga pengeluar produk solar terbesar didunia yang dijangkan berupaya mengeluarkan kira-kira 4 juta sel solar sebulan.
-
Katanya, projek itu juga dijangka mampu menempatkan Terengganu di peta dunia sebagai lokasi pengeluar produk solar dan pembekal tenaga alternatif solat utama dunia...
-
- *********************************************************************************************************************
-
UTUSAN MALAYSIA - 4/2/2006
-
Ekonomi - oleh IRMAN HASHIM
-
Kilang solar pertama Asia Tenggara dirancang di Terengganu
-
Kemaman 3 Feb. - Sebuah syarikat tempatan Solarin Sdn. Bhd. dengan kerjasama Denmark Solar Industry (DSI) merancang untuk membina kilang pengeluaran produk tenaga solar bernilai RM1 billion di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini.
-
Kilang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, mampu mengeluarkan sebanyak 4 juta sel solar sebulan iaitu jumlah pengeluaran terbesar di dunia, kata Presiden dan Pengerusi Kumpulan Solarin, Datuk Naser Ismail.
-
Beliau berkata, kilang yang menggunakan teknologi dari Denmark itu akan dibina di tapak seluas kira-kira 20.0 hektar pada bulan April ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008.
-
Pasir
-
"Pembinaan kilang berkenaan di Terengganu menjadikannya yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
-
Naser berkata , kilang itu akan mempunyai keupayaan untuk melakukan proses penulenan pasir silika yang menjadikan asas kepada pembuatan dan pengeluaran produk berasaskan tenaga solar seperti sel solar dan panel solar.
-
"Kami juga akan menghasilkan dan memasarkan produk solar ke seluruh dunia melalui DSI," tambah beliau.
-
Naser menjelaskan Terengganu dipilih sebagai tapak pembinaan kilang berkenaan berikutan penemuan pasir silika bermutu tinggi di Bukit Senyamok Dungun.
-
" Hasil kajian ke atas pasir di kawasan itu mendapati ia mengandungi silika oksida sebanyak 99.95 peratus yang merupakan pasir silika bermutu paling tinggi di dunia.
-
" Penemuan pasir silika bermutu tinggi ini akan membantu syarikat itu menjimatkan kos pemprosesan produk berasaskan solar itu," kata beliau.
-
Sementara itu, Naser menambah, kilang itu dijangka menyediakan lebih 4,000 peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan apabila ia beroperasi sepenuhnya.
-
*********************************************************************************************************************************************************************************************************